KOUMP

Pengenalan

Koperasi Universiti Malaysia Pahang Berhad

Koperasi adalah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan diurustadbir oleh sekumpulan orang berasaskan semangat dan kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Koperasi Universiti Malaysia Pahang Berhad telah berjaya ditubuhkan pada 22 Februari 2011 dan telah bertukar nama kepada Koperasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (KOPUMPSA) Berhad bertarikh 23 November 2024.

Koperasi juga menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan menjana modal dan kewangan yang dapat membantu meringankan beban kewangan anggota-anggotanya.

Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga boleh menikmati harga barangan dikedai koperasi yang lebih murah dari pasaran, kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman, sewa beli, belian secara kredit dan sebagainya, bergantung kepada peraturan yang diluluskan oleh koperasi dari masa kesemasa.

Koperasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Berhad ditadbirselia oleh sepasukan Ahli Lembaga Koperasi yang dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Pelantikan 12 orang Ahli Lembaga Koperasi dibuat secara undian di Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli-ahli adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha, dan 8 orang anggota Lembaga. Setiap anggota berhak mencalonkan sesiapa daripada kalangan anggota untuk menduduki kerusi Lembaga Koperasi.

Koperasi adalah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan diurustadbir oleh sekumpulan orang berasaskan semangat dan kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Koperasi juga menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan memjana modal dan kewangan yang dapat membantu meringankan beban kewangan anggota-anggotanya.

Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga boleh menikmati harga barangan dikedai koperasi yang lebih murah dari pasaran, kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman, sewa beli, belian secara kredit dan sebagainya, bergantung kepada peraturan yang diluluskan oleh koperasi dari masa kesemasa.

Koperasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Berhad ditadbirselia oleh sepasukan Ahli Lembaga Koperasi yang dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Pelantikan 12 orang Ahli Lembaga Koperasi dibuat secara undian di Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli-ahli adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha, dan 8 orang anggota Lembaga. Setiap anggota berhak mencalonkan sesiapa daripada kalangan anggota untuk menduduki kerusi Lembaga Koperasi.

Kepimpinan

Ahli Lembaga Koperasi

M

MEJAR DR HAJI IMADUDDIN BIN ABIDIN AAP., PKT., PK.

PENGERUSI

T

TS HAJI SYAHRULNAIM BIN MOHAMAD NAWI

TIMBALAN PENGERUSI

E

ENCIK MOHD RAIZALHILMY BIN MOHD RAIS

SETIAUSAHA

E

ENCIK KASRAN BIN ABDULLAH

BENDAHARI

D

DR. MOHD HAZWAN BIN YUSOF

KLUSTER PENDIGITALAN

M

MEJAR TS. HAZAMI BIN CHE HUSSAIN AMP., PK.

KLUSTER PEMBEKALAN

E

ENCIK MAZLAN BIN MOHAMAD

KLUSTER PERKHIDMATAN

T

TC. HAIRUL MUAZAMMIL BIN ISMAIL

KLUSTER KERJASAMA PERNIAGAAN

P

PUAN HAJAH PARIDAH BINTI MOHD ALI

KLUSTER MODAL INSAN

P

PROFESOR MADYA TS DR HAJI MUHAMAD BIN MAT NOOR

KLUSTER PUBLISITI

P

PUAN NOORAZIAH BINTI ABDUL GHAFFAR

KLUSTER GOVERNAN & PEMATUHAN

C

CIK JAMILAH BEBE BINTI MOHAMAD

KLUSTER KEAHLIAN

Apa yang kami tawarkan

Perkhidmatan

01

PEMBIAYAAN & PELABURAN

1. KOPUMPSA menawarkan skim pinjaman peribadi, pinjaman kecemasan, pinjaman kenderaan dan lain-lain kemudahan pinjaman yang berkaitan demi kebaikan dan kebajikan seluruh anggota KOPUMPSA. 2. KOPUMPSA juga menawarkan kadar keuntungan dan tempoh ansuran yang fleksibel mengikut kesesuaian peminjam. 3. KOPUMPSA menawarkan kaedah pelaburan mengikut projek dimana kadar keuntungan yang diagihkan kepada pelabur mengikut nilai prestasi keuntungan projek berkenaan. 4. KOPUMPSA menawarkan pembiayaan dan pelaburan yang patuh syariah.

02

PERKHIDMATAN & PEMBEKALAN

1. KOPUMPSA menyediakan program usahasama dengan Perunding Latihan yang terkemuka dan mempunyai taraf profesional yang berdaya saing dan maju untuk keperluan industri semasa dan nilai kerja semasa. 2. Antara program/kursus yang ditawarkan adalah seperti TRIZ, TOT, Asas SHO, Penulisan THESIS, LR, RM dan lain-lain lagi yang bersesuaian dengan permintaan semasa. 3. KOPUMPSA juga berupaya membekal pelbagai jenis produk cenderamata, T-Shirt, Baju Korporat, Alat Tulis, pelbagai jenis air mineral dan lain-lain lagi mengikut permintaan semasa.

03

OUTLET KOPUMPSA

1. KOPUMPSA mempunyai 10 OUTLET iaitu 4 di Kampus Gambang dan 6 di Kampus Pekan 2. OUTLET ini berkonsepkan kedai runcit, mini-kafe, kiosk dan pejabat. 3. Harga yang ditawarkan adalah sangat relevan dan mengikut harga semasa. 4. Pemberian diskaun dan Pertandingan Cabutan Bertuah secara bermusim dan berkala juga diadakan untuk menarik minat warga UMPSA hadir ke kedai runcit KOPUMPSA.

04

KEAHLIAN & MODAL INSAN

1. KOPUMPSA sentiasa membuka peluang kepada seluruh warga UMPSA serta siswa dan siswi untuk menjadi anggota KOPUMPSA. 2. Yuran pendaftaran sebanyak RM140 merangkumi RM10 (Fi Masuk), RM30 (Yuran Bulanan) dan RM100 (Modal Syer). 3. KOPUMPSA menawarkan pelbagai kursus-kursus anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) untuk meningkatkan tahap kemahiran dan intelektual seluruh anggota koperasi.

Terkini

Berita & Pengumuman

Berita

1

Pengumuman

2

Hubungi Kami

Pejabat Koperasi

Alamat
Koperasi Universiti Malaysia Pahang Berhad
LOT K04, KOMPLEKS UMPSA HOLDINGS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH, LEBUH PERSIARAN TUN KHALIL YAAKOB, 26300 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
Telefon
094315426 | 0139270913
Faks: -

Berita · 14 Jul 2022

PINJAMAN PERIBADI UNTUK AHLI DAN BAKAL AHLI

KADAR KEUNTUNGAN SERENDAH 3.5% TEMPOH ANSURAN SEHINGGA 10 TAHUN PINJAMAN SEHINGGA RM100,000.00 AYUH SEGERA!!! HUBUNGI MEJ FAZIL 013-9270913 ATAU PUAN EZZANI 012-9588272

Dikemas kini pada 08-07-2025 04:21

Pengumuman · 27 Feb 2023

TAMBAHAN 2 LAGI OUTLET BARU

Kini koperasi telah menambah lagi 2 outlet baru iaitu DHUAM dan Kiosk Masjid Kampus Pekan. Ayuh beramai-ramai berkunjung ke outlet koperasi.

Dikemas kini pada 18-02-2025 16:36

Pengumuman · 14 Jul 2022

KOPUMPSA SENTIASA BUKA PADA CUTI SEMESTER

JANGAN RISAU, JANGAN BIMBANG KEPADA SEMUA WARGA UMPSA, KEDAI RUNCIT KOPUMPSA SENTIASA BUKA SEPERTI BIASA DIMUSIM CUTI SEMESTER INI.

Dikemas kini pada 18-02-2025 16:35